Isnin, 8 Julai 2013

Soal Jawab Produk Dnars Skincare - KKM / hydroqinoin / mercuri dll..



- Adakah Produk DNARS SKINCARE ini mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Jawapan: Ya. Produk DNARS SKINCARE ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak dan bekas DNARS SKINCARE..



Ada berapa item ye dalam Trial set Dnars skincare?
Jawapan :
Dalam Trial set dnars ada :
i) Dua ketul sabun (klu set jerawat,dua2 sabun susu beras)(kalau set normal,satu sabun susu beras,satu lg sabun collagen)
ii) Magic Day Cream
iii) Magic night Cream.

Perhatian ! Fungsi day cream n night cream adalah berbeza...klu set jerawat..bahan dia lain,klu set normal bahan dia lain.Oleh itu,kena pastikan betul2 jenis masalah kulit muka anda.

 - Adakah Produk DNARS SKINCARE ini Halal?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah 100% halal kerana bahan-bahan dalam DNARS SKINCARE adalah 100% dari alam semula jadi...Tiada campuran bahan lemak haiwan atau seumpama dengannya.

- Dimanakah Produk DNARS SKINCARE diperbuat?  

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya diperbuat di Malaysia. Berasal dari Malaysia (bukan produk yang dibawa masuk ke Malaysia & di rebranding / repacking)

- Adakah produk DNARS SKINCARE ini memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan yang menyakitkan. Ia juga tidak berlaku kepada semua kerana ia akan berlaku bergantung berapa banyaknya sel kulit mati pada seseorang individu..

- Adakah wanita hamil boleh menggunakannya?
Jawapan: Ya boleh kecuali TONER TREATMENT jika kandungan 5 bulan keatas baru boleh guna...

- Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki...Testimoni lelaki pun kami sudah ada...

- Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh kulit saya sekiranya saya ingin bertukar produk kepada produk DNARS SKINCARE ini?
Jawapan: Ianya bergantung kepada keputusan pengguna sama ada ingin bertukar terus daripada produk lama kepada produk DNARS SKINCARE memandangkan produk DNARS SKINCARE ini tiada proses pengelupasan bergantung kepada individu.

- Adakah produk DNARS SKINCARE boleh hilangkan jerawat?
Jawapan: Ya BOLEH DNARS SKINCARE boleh menghilangkan jerawat & bekas-bekas jerawat. 

Tetapi, bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk, pakai DNARS SKINCARE secara konsisten untuk kesan yang maksima.Lain-lain punca seperti stress atau period boleh juga menyebabkan jerawat.

DNARS SKINCARE adalah produk untuk kecantikan luaran sahaja. Pengguna dinasihatkan mengambil supliment tambahan untuk dalaman..


- Berapa lamakah kesan yang bakal diperolehi oleh pengguna setelah menggunakan produk DNARS SKINCARE?
Jawapan: Ianya bergantung kepada setiap jenis kulit dan hormon pengguna. Ada pengguna yang memperolehi kesannya seawal 5-7 hari.Hasil maksimum perawatan biasanya seawal 7 hari dan paling lambat 1 bulan dan bergantung kepada jenis kulit,namun effec cerah dari pemakaian produk DNARS SKINCARE boleh dilihat pada minggu pertama @ kedua pemakaian.Namun Bergantung juga kepada cara penggunaan sama ada konsisten atau tidak.

- Rasa gatal masa mula-mula menggunakan produk DNARS SKINCARE ? Adakah ini normal ?
Jawapan: Rasa gatal tidak akan terasa oleh semua pengguna. Pada kebiasaannya rasa gatal akan terasa pada pengguna yang mempunyai kulit yang nipis atau sering bertukar-tukar produk kecantikan. 

Ini kerana bahan kimia produk yang digunakan terdahulu akan tersimpan di bawah epedermis kulit. Ketika pemakaian DNARS SKINCARE produk akan bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan inilah yang menyebabkan kegatalan @ merenyam.Ada juga pengguna yang akan mendapati kulit muka akan keluar ruam-ruam halus, namun disaran meneruskan penggunaan produK DNARS SKINCARE In shaa ALLAH akan nampak perubahan.

- Bolehkah saya bermekap jika memakai Foundation?
Jawapan: Boleh jika mahu Foundation boleh dipakai di bawah lapisan foundation yg anda suka. Ini adalah kerana tekstur foundation tidak tebal dan disapu tipis.kebanyakan testi suka nampak natural beauty.. 


- Adakah produk DNARS SKINCARE menggunakan bahan2 kimia yg terlarang ?
Jawapan: Tidak. DNARS SKINCARE dirumus menggunakan Tumbuhan Terpilih dan sama sekali tidak menggunakan MERCURI atau HYDROQINOIN.


Produk ni diperbuat dari campuran herba dan tumbuh-tumbuhan TAPI tetap juga ada bahan campuran bahan kimia...cuma bahan kimia yang digunakan bukanlah bahan kimia yang berbahaya...yang boleh menipiskan kulit dan memberikan kesan yg tak baik pada kulit.. bahan kimia yg digunakan ialah bahan kimia yg selamat dibawah kawalan kementerian kesihatan malaysia (KKM)


- Adakah perlu penggunaan berterusan?
Jawapan: Terpulang kepada pengguna. Tetapi disaran untuk terus menggunakan produk DNARS SKINCARE kerana kulit muka kita mungkin akan kembali kepada warna asal dan tanpa penggunaan produk DNARS SKINCARE , besar kemungkinan sel mati akan kembali menempel pada kulit yang akan menyebabkan kulit menjadi kusam serta bermasalah...pokok bunga klu dijaga siram letak baja pasti segar,cantik cuba dibiarkan pasti ia layu dan tidak menarik... 



- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan produk ini?
Jawapan: Bakal pembeli disarankan membuat pembelian dengan AGEN / STOKIS Yang Berdaftar...  



 







Sebarang pertanyaan lain, boleh email atau layari facebook kami:-
twin.marine.collagen.shoppe@gmail.com
FB : Ai Reen   /   AiLyn Capri   /   twin marine collagen
phone : Aireen - 013 269 6237    /    Ailynn - 019 279 1409

11 ulasan:

  1. Tapi sy pakai kulit sy jadi nipis..ramai tegur urat muka sy jelas kelihatan

    BalasPadam
  2. Tp sy pkai dnars sabun die pedih la..npe erk

    BalasPadam
  3. Adakah penggunaan sabun set sensitif memakai kedua-dua sekali ???

    BalasPadam
  4. Adakah penggunaan sabun set sensitif memakai kedua-dua sekali ???

    BalasPadam
  5. saya pakai dnars dah hampir 8 bulan..mmg akan beri perubahan pada muka tetapi cerah sahaja..bekas jerawat tetap ada dan jerawat kluar berterusan..ramai yg tegur muka saya nampak cerah dan nampak urat pada muka dgn sangat jelas..adakah bermakna saya harus berhenti memakainya?

    BalasPadam
  6. Mcm mne nk bezakan yg original n xoriginal?klau bli kt kdai jamu....cth krim kunyit or foundation dynars?

    BalasPadam
  7. betul ke ade racun berjadual dnars ni

    BalasPadam
  8. betul ke ade racun berjadual dnars ni

    BalasPadam
  9. Pakai secara teratur insyaallah menjadi. Saya dah pakai hampir setahun. Memang berkesan. Jerawat hilang parut pon tak ada. Cuma jerawat akan tumbuh bila saya final exam dan period. Huhuhu ingat ya penjagaan makanan pon amat penting. Jangan bergantung harap pada produk ini sahaja.

    BalasPadam
  10. Kenapa sekiranya saya tidak memakai dinars untuk dua hari . Kulit saya akan gatal merah dan tmbuh bulat2 kecil . Apakah saya harus berhenti memakai dinars ?

    BalasPadam