Apa Itu Marin Kolegen? (Marine Collagen)
Marine kolagen berasal dari bahan yang ditemui pada sisik ikan. Ia telah digunakan secara meluas di jepun selama bertahun-tahun sebagai tambahan semula jadi. Orang yang telah mengunakan kolagen marin mendakwa ia mempunyai pelbagai manfaat, termasuk untuk tulang dan kulit.
Sebab utama produk kolagen menjadi begitu popular adalah kerana kolagen yang tinggi boleh membuat fungsi badan yang lebih berkesan. Pengeluaran kolagen adalah sangat penting untuk kulit yang sihat, rambut, tulang dan sendi. Tahap pengurangan kolagen amat ketara dalam kulit kerana kulit hilang keanjalan dan menjadi terdedah kepada kesan kendur akibat usia. Sesetengah orang memilih produk dengan kolagen untuk membantu kulit menjadi lebih tegang dan lembut. Selalunya, pembuat vitamin akan meletakkan kolagen dengan vitamin sebagai bonus tambahan untuk kulit, rambut dan kuku.
Sejak kolagen marin dipasarkan secara meluas dalam produk kulit, ramai orang kini beralih kepada bahan semulajadi ini untuk manfaat berupa anti-penuaan. Walaupun penampilan dan tekstur kulit sebahagiannya ditentukan oleh genetik, faktor-faktor tertentu yang memudaratkan menjejaskan kulit seseorang seperti toksin pemakanan, alam sekitar, dan merokok. Sesetengah pengguna berfikir menggunakan kolagen marin boleh membantu mereka mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kesan negatif toksin.