Isnin, 8 Julai 2013

Soal Jawab Produk Dnars Skincare - KKM / hydroqinoin / mercuri dll..



- Adakah Produk DNARS SKINCARE ini mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Jawapan: Ya. Produk DNARS SKINCARE ini mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak dan bekas DNARS SKINCARE..



Ada berapa item ye dalam Trial set Dnars skincare?
Jawapan :
Dalam Trial set dnars ada :
i) Dua ketul sabun (klu set jerawat,dua2 sabun susu beras)(kalau set normal,satu sabun susu beras,satu lg sabun collagen)
ii) Magic Day Cream
iii) Magic night Cream.

Perhatian ! Fungsi day cream n night cream adalah berbeza...klu set jerawat..bahan dia lain,klu set normal bahan dia lain.Oleh itu,kena pastikan betul2 jenis masalah kulit muka anda.

 - Adakah Produk DNARS SKINCARE ini Halal?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah 100% halal kerana bahan-bahan dalam DNARS SKINCARE adalah 100% dari alam semula jadi...Tiada campuran bahan lemak haiwan atau seumpama dengannya.

- Dimanakah Produk DNARS SKINCARE diperbuat?  

Jawapan: Produk DNARS SKINCARE adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya diperbuat di Malaysia. Berasal dari Malaysia (bukan produk yang dibawa masuk ke Malaysia & di rebranding / repacking)

- Adakah produk DNARS SKINCARE ini memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan yang menyakitkan. Ia juga tidak berlaku kepada semua kerana ia akan berlaku bergantung berapa banyaknya sel kulit mati pada seseorang individu..

- Adakah wanita hamil boleh menggunakannya?
Jawapan: Ya boleh kecuali TONER TREATMENT jika kandungan 5 bulan keatas baru boleh guna...

- Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki?
Jawapan: Produk DNARS SKINCARE sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki...Testimoni lelaki pun kami sudah ada...

- Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh kulit saya sekiranya saya ingin bertukar produk kepada produk DNARS SKINCARE ini?
Jawapan: Ianya bergantung kepada keputusan pengguna sama ada ingin bertukar terus daripada produk lama kepada produk DNARS SKINCARE memandangkan produk DNARS SKINCARE ini tiada proses pengelupasan bergantung kepada individu.

- Adakah produk DNARS SKINCARE boleh hilangkan jerawat?
Jawapan: Ya BOLEH DNARS SKINCARE boleh menghilangkan jerawat & bekas-bekas jerawat. 

Tetapi, bagi yang mengalami masalah jerawat yang teruk, pakai DNARS SKINCARE secara konsisten untuk kesan yang maksima.Lain-lain punca seperti stress atau period boleh juga menyebabkan jerawat.

DNARS SKINCARE adalah produk untuk kecantikan luaran sahaja. Pengguna dinasihatkan mengambil supliment tambahan untuk dalaman..


- Berapa lamakah kesan yang bakal diperolehi oleh pengguna setelah menggunakan produk DNARS SKINCARE?
Jawapan: Ianya bergantung kepada setiap jenis kulit dan hormon pengguna. Ada pengguna yang memperolehi kesannya seawal 5-7 hari.Hasil maksimum perawatan biasanya seawal 7 hari dan paling lambat 1 bulan dan bergantung kepada jenis kulit,namun effec cerah dari pemakaian produk DNARS SKINCARE boleh dilihat pada minggu pertama @ kedua pemakaian.Namun Bergantung juga kepada cara penggunaan sama ada konsisten atau tidak.

- Rasa gatal masa mula-mula menggunakan produk DNARS SKINCARE ? Adakah ini normal ?
Jawapan: Rasa gatal tidak akan terasa oleh semua pengguna. Pada kebiasaannya rasa gatal akan terasa pada pengguna yang mempunyai kulit yang nipis atau sering bertukar-tukar produk kecantikan. 

Ini kerana bahan kimia produk yang digunakan terdahulu akan tersimpan di bawah epedermis kulit. Ketika pemakaian DNARS SKINCARE produk akan bertindakbalas dengan bahan kimia tersebut dan inilah yang menyebabkan kegatalan @ merenyam.Ada juga pengguna yang akan mendapati kulit muka akan keluar ruam-ruam halus, namun disaran meneruskan penggunaan produK DNARS SKINCARE In shaa ALLAH akan nampak perubahan.

- Bolehkah saya bermekap jika memakai Foundation?
Jawapan: Boleh jika mahu Foundation boleh dipakai di bawah lapisan foundation yg anda suka. Ini adalah kerana tekstur foundation tidak tebal dan disapu tipis.kebanyakan testi suka nampak natural beauty.. 


- Adakah produk DNARS SKINCARE menggunakan bahan2 kimia yg terlarang ?
Jawapan: Tidak. DNARS SKINCARE dirumus menggunakan Tumbuhan Terpilih dan sama sekali tidak menggunakan MERCURI atau HYDROQINOIN.


Produk ni diperbuat dari campuran herba dan tumbuh-tumbuhan TAPI tetap juga ada bahan campuran bahan kimia...cuma bahan kimia yang digunakan bukanlah bahan kimia yang berbahaya...yang boleh menipiskan kulit dan memberikan kesan yg tak baik pada kulit.. bahan kimia yg digunakan ialah bahan kimia yg selamat dibawah kawalan kementerian kesihatan malaysia (KKM)


- Adakah perlu penggunaan berterusan?
Jawapan: Terpulang kepada pengguna. Tetapi disaran untuk terus menggunakan produk DNARS SKINCARE kerana kulit muka kita mungkin akan kembali kepada warna asal dan tanpa penggunaan produk DNARS SKINCARE , besar kemungkinan sel mati akan kembali menempel pada kulit yang akan menyebabkan kulit menjadi kusam serta bermasalah...pokok bunga klu dijaga siram letak baja pasti segar,cantik cuba dibiarkan pasti ia layu dan tidak menarik... 



- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan produk ini?
Jawapan: Bakal pembeli disarankan membuat pembelian dengan AGEN / STOKIS Yang Berdaftar...  



 







Sebarang pertanyaan lain, boleh email atau layari facebook kami:-
twin.marine.collagen.shoppe@gmail.com
FB : Ai Reen   /   AiLyn Capri   /   twin marine collagen
phone : Aireen - 013 269 6237    /    Ailynn - 019 279 1409

Isnin, 18 Februari 2013

Bahaya Penggunaan Kosmetik Sebarangan..


Bahaya Penggunaan Kosmetik Sebarangan…

TMC Write: - Harian metro pernah mengeluarkan artikel ini tahun lepas.. Hopefully apa yang telah terjadi pada our friends ini di jadikan pengajaran buat all d gurl ... Jangan biarkan keghairahan u ols utk cantik bertukar menjadi nightmare seumur hidup!!

pst: iklan sampingan - gunalah kolegen TMC, coz its 100% tiada campuran bahan kimia :-)!! 

Wanita yang ghairah untuk kelihatan cantik mungkin bertukar hodoh seumur hidup kerana memakai kosmetik mengandungi kimia Hydroquinone yang boleh menyebabkan kulit muka rosak.  Kimia Hydroquinone yang biasa digunakan untuk proses mencuci gambar diadun secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai ejen pemutih kulit.

Bahan itu juga dikatakan boleh menyebabkan sakit sawan, kulit wajah menjadi hitam, koma, mual dan kanser kulit yang serius.


Timbalan Pengarah Kesihatan/Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata Kesatuan Negara-Negara Eropah (EU) sudah mengharamkan penggunaan bahan itu sejak dahulu lagi.  Beliau berkata, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan tidak akan mendaftarkan kosmetik yang mengandungi Hydroquinone dan produk ini diklasifikasikan sebagai produk yang tidak berdaftar.  Bagaimanapun, wanita yang terlalu teringin untuk kelihatan cantik tidak menyedari mereka boleh menyebabkan kerosakan kulit muka.
Memang, di peringkat awal wajah akan bertukar putih dan licin tetapi dalam tempoh jangka panjang, mereka akan mengalami mimpi ngeri, katanya selepas operasi Ops Hitam Muka di sekitar Jalan Masjid India, petang semalam.

Seramai 37 pegawai Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Terengganu dan Kelantan menyertai operasi bersepadu berkenaan yang bermula jam 2.15 petang.


Operasi besar-besaran berkenaan ditumpukan kepada tindakan merampas produk kecantikan mengandungi Hydroquinone, Tretinoin dan raksa yang berbahaya dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau mendakwa terdapat ramai pengguna terutama gadis dan wanita muda yang kurang arif dan kini menjadi mangsa kosmetik. Mereka mungkin tidak mendapat maklumat jelas mengenai bahaya Hydroquinone hingga sanggup menghabiskan banyak wang membeli produk berkenaan.


Hasil kajian pakar kesihatan mendapati, penggunaan Hydroquinone berbahaya kepada individu yang tinggal di kawasan iklim tropika yang sentiasa menerima pancaran matahari sepanjang tahun, katanya.


Menurutnya, secara perlahan Hydroquinone boleh menjejaskan fungsi perlindungan kulit daripada sinaran Ultra-Violet (UV) oleh pancaran matahari berlebihan.
Akibatnya, pengguna akan terdedah kepada kesan sinaran UV dan mendapat barah kulit, katanya.


Wan Hamid berkata, Hydroquinone biasanya menyebabkan kulit muka menjadi kemerahan-merahan dan rasa pedih serta terbakar.
Penggunaan kimia ini yang berterusan atau digunakan dengan banyak (kepekatan yang tinggi) boleh mengakibatkan hyperpigmentasi iaitu jeragat hitam pada kulit muka yang sukar dihilangkan.
Kesan ini menjadi lebih buruk pada produk yang mengandungi alkohol (spirit) yang menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas atau luka teruk, katanya.


Kajian makmal turut mendapati kimia ini tidak boleh digunakan untuk memutihkan bulu kening dan mesti dielakkan daripada terkena mata kerana ia menyebabkan selaput dan perubahan pada kornea mata.


Selain itu, penyerapan kimia berkenaan ke dalam peredaran darah di dalam kuantiti yang besar boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah-muntah, sentakan otot, sakit kepala, sawan, sukar bernafas dan koma.
Selain itu, pihaknya turut mengesan penggunaan kimia Tretinoin di dalam produk rawatan kecantikan berbentuk krim atau losyen khusus untuk merawat jerawat.


Menurutnya, kimia tretinoin mempunyai kesan sampingan seperti rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit mengelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya Ultra-violet.


Malah, saya bimbang kesan jangka panjang produk berkenaan yang boleh mencacatkan wajah wanita, katanya. Menurutnya, wanita tidak perlu ghairah untuk memutihkan kulit muka dengan menggunakan produk yang tidak pasti keselamatannya. Pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya merasa kesan pedih atau kulit muka menjadi kemerahan selepas memakainya.


pst: iklan sampingan - gunalah kolegen TMC, coz its 100% tiada campuran bahan kimia :-)!! 
Untuk tempahan dan promosi terkini, call us rite away!!

Rabu, 2 Januari 2013

Mengenai Kolegen Asli Laut Dalam (Marine Collagen)

Apa Itu Marin Kolegen? (Marine Collagen)

Marine kolagen berasal dari bahan yang ditemui pada sisik ikan. Ia telah digunakan secara meluas di jepun selama bertahun-tahun sebagai tambahan semula jadi. Orang yang telah mengunakan kolagen marin mendakwa ia mempunyai pelbagai manfaat, termasuk untuk tulang dan kulit.
 

Sebab utama produk kolagen menjadi begitu popular adalah kerana kolagen yang tinggi boleh membuat fungsi badan yang lebih berkesan. Pengeluaran kolagen adalah sangat penting untuk kulit yang sihat, rambut, tulang dan sendi. Tahap pengurangan kolagen amat ketara dalam kulit kerana kulit hilang keanjalan dan menjadi terdedah kepada kesan kendur akibat usia. Sesetengah orang memilih produk dengan kolagen untuk membantu kulit menjadi lebih tegang dan lembut. Selalunya, pembuat vitamin akan meletakkan kolagen dengan vitamin sebagai bonus tambahan untuk kulit, rambut dan kuku.

Sejak kolagen marin dipasarkan secara meluas dalam produk kulit, ramai orang kini beralih kepada bahan semulajadi ini untuk manfaat berupa anti-penuaan. Walaupun penampilan dan tekstur kulit sebahagiannya ditentukan oleh genetik, faktor-faktor tertentu yang memudaratkan menjejaskan kulit seseorang seperti toksin pemakanan, alam sekitar, dan merokok. Sesetengah pengguna berfikir menggunakan kolagen marin boleh membantu mereka mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kesan negatif toksin.